fbpx

Tentera Colombia rampas kapal selam bawa lebih 1 tan kokain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kapal selam membawa muatan kokain bernilai hampir AS$1 juta (RM4.6 juta). – X

PASTO, COLOMBIA – Tentera Colombia merampas penghantaran kokain bernilai hampir AS$1 juta (RM4.6 juta) yang ditemui di dalam sebuah kapal selam separa di Lautan Pasifik, lapor portal berita MailOnline kelmarin.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Helder Giraldo berkata, kapal selam  sepanjang 16.7 meter itu membawa 1,678 kilogram kokain apabila dikesan belayar di luar pantai wilayah Narino barat Colombia.

Empat suspek diberkas dan diletakkan di bawah tahanan Pejabat Peguam Negara.

Kokain disembunyikan 77 beg plastik itu dilaporkan untuk dihantar ke Amerika Tengah, demikian menurut pihak berkuasa.

Pengawal Pantai mengiringi kapal selam itu ke pelabuhan di bandar Narino Tumaco.

Kesemua suspek berdepan pertuduhan mengedar, mengilang dan memiliki dadah. Mereka boleh dihukum penjara antara lapan hingga 20 tahun jika didapati bersalah.

Pihak berkuasa Colombia telah merampas lebih 705,000 kilogram kokain daripada sindiket-sindiket penyeludupan dadah sepanjang tahun ini, kata tentera.

Kesemua dadah itu cukup untuk menghasilkan empat juta dos narkotik tersebut di seluruh dunia. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI