fbpx

Swafoto punya pasal, tangan nyaris putus dilanggar kereta api

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wanita berkenaan gagal mengalihkan tangannya pada waktu yang tepat. – CEN

ADANA, TURKIYE – Seorang wanita nyaris putus tangan selepas cuba merakam swafoto dengan berlatarbelakangkan sebuah kereta api yang sedang meluncur laju ke arahnya, lapor akhbar New York Post.

Kejadian berlaku di Taman Alam Semula Jadi  Belemedik di Adana, Turkiye.

Dalam video yang dimuat naik di platform media sosial Selasa minggu lalu, sekumpulan wanita dilihat berdiri di tepi landasan kereta api.

Mereka menghulur sebelah tangan ke udara sambil membuat isyarat ‘bagus’ dengan berlatarbelakangkan sebuah kereta api yang sedang meluncur laju.

Ketika kereta api itu begitu hampir dengan mereka, salah seorang daripada wanita tersebut gagal mengalihkan tangannya pada waktu yang tepat.

Ia menyebabkan anggota badannya itu dilanggar oleh kereta api sebelum dia dilihat memegang tangannya yang kesakitan.

Menurut laporan, wanita itu dibawa ke hospital terdekat untuk menjalani rawatan sebelum dibenarkan keluar setelah doktor mendapati tiada kecederaan serius. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI