fbpx

Suami maut, isteri parah dipijak gajah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pondok dalam kebun ubi yang juga tempat pasangan suami isteri dipijak sekumpulan gajah dalam kejadian di Kampung Perpaduan, Skim Begahak, Lahad Datu.

LAHAD DATU – Ekoran diserang sekumpulan gajah, seorang lelaki warga emas maut manakala isterinya parah dalam kejadian di Kampung Perpaduan, Skim Begahak pada Sabtu lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, mangsa dikenali sebagai Lopis Jubin, 90, disahkan maut berikutan dada patah selain terdapat kesan lebam pada bahagian mata kanan dan luka di bahagian tangan kiri.

Mangsa kedua yang juga isteri, Dalama Hamid, 61, mengalami patah pinggang, paha kiri selain lebam kedua-dua tangan dan kini dirawat di Hospital Lahad Datu.

Pegawai Jabatan Hidupan Liar Lahad Datu ,Silvester Saiman berkata, pemeriksaan mengesahkan kehadiran sekumpulan gajah di kawasan kebun ubi milik mangsa.

“Ia termasuklah kesan tapak kaki gajah, pokok ubi yang patah serta geseran pada pondok yang didiami mangsa.

“Selain itu, kesan tapak kaki gajah turut dikesan di kawasan parit kecil iaitu lokasi kedua-dua mangsa ditendang dan dipijak,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Mengulas lanjut, Silvester menyatakan kedua-dua mangsa ketika diserang berada di dalam sebuah pondok untuk menjaga kebun ubi mereka sebelum didatangi sekumpulan 12 ekor gajah.

Sementara itu, cucu mangsa dikenali sebagai Fazrina, memaklumkan datuk dan neneknya berada di pondok berkenaan untuk menjaga kebun ubi mereka.

Menurutnya, datuk serta neneknya telah bertindak keluar daripada pondok terbabit sebaik menyedari kehadiran gajah itu untuk melarikan diri.

Bagaimanapun, katanya, salah seekor gajah berkenaan dikatakan mengejar mereka dan menyerang pasangan suami isteri itu termasuk menendang dan memijak kedua-dua mangsa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI