fbpx

Sembunyi kereta Jepun tanpa AP dalam bangunan terbiar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sazali (kanan) menunjukkan antara kenderaan yang dirampasnya pihaknya pada sidang akhbar di Pejabat Kastam Pelabuhan Utara di sini, hari ini. Foto oleh SADDAM YUSOFF/ KOSMO!

KLANG – Taktik sindiket menyembunyikan kenderaan Jepun tanpa permit import (AP) di bangunan terbiar terbongkar apabila premis itu diserbu di sekitar daerah ini, baru-baru ini.

Modus operandi itu dikesan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Zon Tengah Unit Dua (Selangor) yang melancarkan operasi bersepadu pada 14 Disember lalu.

Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan dan Pematuhan), Datuk Sazali Mohamad berkata, serbuan dilakukan hasil maklumat dan risikan pihaknya mengenai kewujudan tempat penyimpanan kenderaaan yang disyaki diimport tanpa AP.

Kata beliau, pemeriksaan membawa kepada penemuan 10 kenderaan pelbagai jenis dianggarkan bernilai RM962,838 termasuk cukai.

“Siasatan mendapati kenderaan itu disimpan melebihi tempoh dibenarkan dalam gudang berlesen dan perlu membayar cukai yang ditetapkan.

“Tiada tangkapan dilakukan setakat ini dengan kes berkenaan masih disiasat mengikut Seskyen 138 Akta Kastam 1967,” katanya pada sidang akhbar di Pejabat Kastam Pelabuhan Utara di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, pihaknya turut menyita 68 kenderaan yang dianggarkan bernilai RM5.2 juta di sekitar Pelabuhan Klang antara 9 hingga 24 Ogos lalu.

“Rampasan menerusi Ops Kitai 2023 itu melibatkan 46 kereta mewah dan 22 motosikal dengan nilai cukai berjumlah RM8.6 juta.

“Siasatan mendapati ia dilakukan sindiket berlainan. Pengimportan kenderaan tertakluk kepada AP yang dikeluarkan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) seperti digariskan dalam Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2023,” jelasnya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI