fbpx

[VIDEO] Selamba berniaga nasi campur dalam banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang wanita tetap berniaga nasi berlauk meskipun dalam keadaan banjir di Narathiwat, Thailand.

PETALING JAYA – Seorang wanita menjadi perhatian ramai apabila dia dengan selamba meneruskan berniaga nasi campur di pekarangan luar rumahnya meskipun dalam keadaan banjir.

Difahamkan situasi itu berlaku di Narathiwat, Thailand sekitar pukul 8.22 pagi semalam.

Dapat dilihat juga, paras air banjir hampir menenggelamkan separuh badan wanita tersebut, namun jualannya masih mendapat sambutan penduduk setempat.

Ini kerana ramai yang tidak dapat memasak di rumah akibat terperangkap dengan bencana alam itu.

Video tersebut dikongsikan pengguna TikTok @userp422ac68zn petang semalam dan setakat pukul 1 tengah hari ini, lebih 1.8 juta pengguna sudah menonton dengan 7,542 perkongsian semula.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memuji kesungguhan wanita tersebut membantu memudahkan urusan penduduk setempat untuk membeli makanan meskipun dalam keadaan yang genting.

“Terbaik akak (kakak) ini, rumah dia banjir puk, dia gigih masak dan jual untuk orang ramai. Mesti ramai susah nak masak di rumah, rezeki ada orang berniaga nasi campur dalam keadaan begini,” kata Susila.

“Semoga kak dimurahkan rezeki selalu, walaupun ditimpa banjir, kak tetap cari rezeki,” ujar Yeenn.

“Banjir-banjir gini (begini) memang perut cepat lapar, moga kakak terus dapat bantu sediakan makanan kepada penduduk terjejas,” kata Zondix.

Terdahulu, kira-kira 9,697 penduduk di Narathiwat dan Yala terjejas akibat banjir yang dicetuskan oleh hujan lebat berterusan yang melanda wilayah di selatan Thailand.

Ketua Pengarah Jabatan Pencegahan dan Pengurangan Bencana Chaiwat Junthirapong berkata sembilan daerah di Narathiwat yang terjejas ialah Waeng, Sukhirin, Chanae, Rangae, Sungai Padi, Si Sakhon, Cho Airong, Yingo dan Rueso.

Sementara itu, empat daerah di Yala yang terkesan akibat banjir itu ialah Thanto, Yaha, Bannang Sata dan Raman. – KOSMO! ONLINE

@userp422ac68zn♬ เสียงต้นฉบับ – ปุก โท โบ

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI