fbpx

Ajal pesara polis, motosikal langgar jengkaut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PESARA polis maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah jengkaut di Lorong 4 Bakar, Kampung Ayer Papan, Tanjung Tualang semalam.

BATU GAJAH – Seorang pesara polis maut selepas motosikal yang ditunggang terbabit dalam kemalangan dengan jengkaut di Kampung Ayer Papan, Tanjung Tualang di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 12 tengah hari itu, mangsa, Asri Mohamad Patil, 55, disahkan maut di lokasi akibat kecederaan parah di dada.

Difahamkan, mangsa yang berpangkat sarjan sebelum ini bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya dan telah bersara dalam perkhidmatan Polis Diraja Malaysia pada Julai lalu.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, kemalangan berlaku ketika mangsa dalam perjalanan pulang dari Tanjung Tualang ke rumahnya di Kampung Gajah.

Setibanya di lokasi kejadian, jengkaut dipandu lelaki berusia 64 tahun keluar dari simpang kiri sebelum dilanggar motosikal mangsa.

“Pelanggaran itu menyebabkan mangsa parah di dada dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemandu jengkaut tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Batu Gajah untuk bedah siasat,” katanya di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI