fbpx

Murid tahun enam jadi mangsa nafsu songsang di asrama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

MELAKA – Seorang murid tahun enam menjadi mangsa nafsu songsang pemuda apabila diliwat sebanyak 30 kali di dalam bilik tidur dan tandas sebuah asrama pada Mei lalu.

Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah berkata, perbuatan keji suspek berusia 20 tahun itu terbongkar selepas mangsa memberitahu bapanya mengenai kejadian itu pada Ahad lalu selepas tidak tahan diganggu lelaki tersebut.

Sebelum ini, mangsa hanya mengikuti permintaan suspek dan mendiamkan diri kerana bimbang akan keselamatan dirinya.

“Mengikut laporan dibuat, mangsa diliwat pada Mei lalu pukul 2 hingga 3 pagi ketika sedang tidur.

“Pemuda itu juga ada membawa mangsa ke tandas dan meminta kanak-kanak itu meliwat dirinya. Disebabkan rasa takut, mangsa menuruti permintaan tersebut,” katanya kepada pemberita hari ini.

Jelasnya, ibu mangsa juga merupakan penghuni asrama sama dengan bekerja sebagai pembantu guru di institusi yang dikendalikan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Mengulas lanjut, beliau berkata, sebaik mengetahui kejadian tersebut, bapa mangsa meminta suspek datang ke rumahnya pada hari sama untuk berjumpa.

“Ayah pengadu kemudian memukul suspek hingga menyebabkan pemuda itu luka di kepala sebelum melaporkan kepada pihak polis.

“Hasil soal siasat, suspek merupakan rakan sebilik mangsa. Mangsa bagaimanapun hanya mengingati empat tarikh kejadian dia diliwat,” katanya.

Zainol berkata, suspek direman selama enam hari sehingga 30 Disember ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 14(d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI