fbpx

Lebuh raya sesak, ramai pulang lambat nak tol percuma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak menuju ibu kota yang sesak dengan pertambahan kenderaan susulan tamat cuti perayaan Krismas.

PETALING JAYA – Aliran trafik di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak menuju ke ibu negara dilaporkan sesak malam ini, susulan pertambahan kenderaan orang ramai yang kembali ke kota selepas tamat cuti perayaan Krismas.

Difahamkan, kesesakan di lebuh raya tersebut juga berkemungkinan ramai yang mengambil keputusan bertolak lewat memandangkan mahu menikmati tol percuma yang bermula 12.01 tengah malam ini sehingga 11.59 malam esok.

Menerusi rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), kesesakan jalan dapat dilihat berdekatan Plaza Tol Gombak menuju Kuala Lumpur setakat pukul 11.52 malam ini.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan, kerajaan bersetuju untuk memberikan tol percuma selama dua hari di seluruh lebuh raya di Malaysia bersempena sambutan perayaan Krismas 25 Disember nanti.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan dilaporkan berkata, tol percuma tersebut akan berkuat kuasa pada 23 Disember dan 26 Disember bagi semua jenis kenderaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI