fbpx

Konflik Palestin-Israel: Hamas tidak akan menyerah kalah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Yahya (tengah) bersalam dengan seorang pejuang Briged al-Qassam semasa sambutan ulang tahun ke-35 penubuhan kumpulan itu di Bandar Gaza pada 14 Disember 2022. – AFP

BANDAR GAZA – Pemimpin Hamas, Yahya al-Sinwar berikrar bahawa pejuangnya tidak akan tunduk kepada syarat Rejim Zionis di tengah-tengah pertempuran yang telah menyebabkan kemusnahan besar kepada tentera Israel, lapor laman berita Middle East Eye semalam.

Dalam sepucuk surat yang diterbitkan  stesen penyiaran Al Jazeera Arabic kelmarin, Yahya meyakinkan kepimpinan kumpulan pejuang Palestin tersebut di luar negara mengenai pencapaian mereka, selepas lebih dua bulan kempen pengeboman dan operasi darat tentera Israel berlangsung.

Menurutnya, 5,000 askar dan pegawai Israel mati serta cedera sejak operasi darat Rejim Zionis  bermula lewat Oktober lalu.

“Satu pertiga daripada mereka iaitu kira-kira 1,660 orang maut, manakala yang lain kehilangan upaya kekal atau cedera parah,” ujarnya.

Menurut tentera Zionis, 156 askarnya terbunuh dalam pertempuran darat setakat ini serta 600 lagi cedera. 

Namun, beberapa media tempatan melaporkan angka  lebih tinggi disebabkan percanggahan antara data tentera dan kes yang didokumentasikan oleh hospital.

Menurut Yahya,  pejuang Palestin menggunakan taktik serangan gerila seperti penembak tepat, peluru berpandu antikereta kebal dan alat letupan. Pejuang Hamas, katanya telah memusnahkan sebahagian atau sepenuhnya  750 kenderaan berperisai Zionis termasuk kereta kebal. 

“Briged Izz al-Din al-Qassam sedang bertempur secara sengit dan belum pernah terjadi sebelumnya terhadap pasukan pendudukan Israel.

“Briged ini sedang menghancurkan tentera Israel dan akan terus berbuat demikian. Mereka tidak akan tunduk kepada syarat tentera penjajah,” tegasnya.

Briged al-Qassam adalah kumpulan Palestin terbesar yang memerangi Israel di Gaza. Pasukan lain yang turut terlibat termasuk Saraya al-Quds (sayap bersenjata Jihad Islam) dan Briged Abu Ali Mustafa. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI