fbpx

‘Kemudahan lif, eskalator tolong utamakan warga emas’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
IKA NABILA

PETALING JAYA – Pelakon Ika Nabila kesal dengan sikap segelintir individu yang tidak memberi keutamaan terhadap golongan memerlukan ketika menggunakan kemudahan lif.

Kata Nabila, 34, meskipun perkara tersebut nampak remeh, masyarakat seharusnya cakna dengan mendahulukan warga emas dan ibu hamil.

“Memang penggunaan kemudahan eskalator atau lif adalah pilihan masing-masing tetapi tolonglah bertimbang rasa apabila ternampak wanita hamil, warga tua bersama kerusi roda, ibu bapa dengan anak kecil berkereta sorong.

“Sanggup kalian yang sihat bertenaga tengok orang tua berkerusi roda tunggu lif lama, ibu kendalikan anak kereta sorong naik turun eskalator.

“Masyarakat perlu didedahkan dengan kesedaran sivik terutama bagi sesiapa yang buta perut. Nampak mudah tetapi menyusahkan ramai pihak,” luahnya dalam Instagram semalam.

Sudah berkali-kali berhadapan isu sama mendorong bekas Akademi Fantasia musim keenam itu bersuara kali ini terutama selepas berhadapan situasi tersebut.

“Saya sudah banyak kali jumpa orang pentingkan diri memenuhkan lif dan biarkan orang tua berkerusi roda, ibu bapa dengan kereta sorong, ibu hamil tunggu lama depan lif.

“Kali ini saya panas hati apabila seorang individu gelak-gelak siap perli orang yang menunggu lif.

“Abang baju merah berumur 40-an yang perli saya di Sogo, KL tadi (semalam) awak sepatutnya belajar pendidikan sivik di sekolah atau tidak pernah sekolah,” tegasnya. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI