fbpx

Kelantan paling terjejas, mangsa di 4 negeri melepasi 24,000 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan. Foto KAMARUL BISMI/ KOSMO!

PETALING JAYA – Jumlah keseluruhan mangsa banjir di empat negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor sehingga kini melepasi angka 24,140 orang melibatkan 6,978 keluarga.

Menurut Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), setakat pukul 10 pagi, angka tertinggi adalah di Kelantan melibatkan 13,500 mangsa terdiri daripada 4,122 buah keluarga.

“Di Terengganu, seramai 9,938 mangsa daripada 2,685 buah keluarga, manakala di Pahang pula seramai 698 mangsa terjejas daripada 170 keluarga.

“Di Selangor, hanya empat mangsa terjejas terdiri daripada sebuah keluarga,” katanya.

Sebanyak 236 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di empat negeri tersebut sehingga kini.

Terdahulu, Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap bahaya,buruk dan waspada di Kelantan, Terengganu, Pahang, Perlis, Kedah, dan Perak hingga hari ini.

Ketua Pengarah MetMalaysia, Helmi Abdullah dalam kenyataannya berkata, berdasarkan analisis model cuaca, luruan monsun dijangka berlaku sehingga Rabu ini.

“Keadaan ini berpotensi membawa hujan lebat berterusan di timur dan utara Semenanjung serta angin kencang dan laut bergelora di Laut China Selatan dalam tempoh tersebut.

“Di negeri-negeri lain, ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang berpotensi berlaku pada sebelah petang hingga ke malam,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI