fbpx

Kapal tangki Cameroon ditahan di Tanjong Dahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KAPAL tangki yang ditahan selepas dikesan berlabuh tanpa kebenaran di perairan di Tanjong Dahan, semalam.

ALOR GAJAH – Sebuah kapal tangki dikendalikan enam warga Iran ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Negeri Melaka dan Negeri Sembilan di kedudukan 7.5 batu nautika barat daya Tanjong Dahan di sini, semalam.

Pengarah Maritim Negeri, Kepten Maritim Mohd. Khairi Abd. Aziz berkata, kapal tersebut ditahan kira-kira pukul 11.30 pagi selepas dikesan berlabuh tanpa mendapatkan kebenaran Ketua Pengarah Laut Malaysia.

Katanya, pergerakan kapal tersebut berjaya dijejaki menerusi Sistem Pengawasan Laut (SWASLA) dan sepasukan bot ronda yang sedang melakukan Op Murni/Op Tiris Fasa 2.0 telah diatur gerak ke lokasi.

“Pemeriksaan ke atas kapal yang berdaftar di Limbe, Cameroon itu mendapati ia dikendalikan oleh enam kru termasuk kepten kapal yang kesemuanya warga Iran berumur dalam lingkungan 37 hingga 70 tahun.

“Pemeriksaan lanjut ke atas kapal yang dalam pelayaran dari Jepun ke Dubai itu turut didapati melakukan kesalahan berlabuh tanpa kebenaran Ketua Pengarah Jabatan Laut Malaysia dan tidak mempunyai dokumen insuran kapal,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, nakhoda kapal kemudian dibawa ke pejabat Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilan bagi membantu siasatan kerana disyaki melakukan kesalahan dibawah Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI