PETALING JAYA – Pasangan selebriti popular, Diana Danielle dan Farid Kamil disekolahkan netizen gara-gara menikmati mi kari yang diragui status atau sijil halalnya.
Menerusi perkongsian tersebut, Diana dan Farid bagaimanapun memberitahu sudah menghubungi cawangan utama bagi mendapatkan kepastian mengenai status halal dan dimaklumkan salah satu cawangannya mesra Muslim.
“Mereka mencadangkan kami ke cawangan di Balakong kerana (berstatus) mesra Muslim dan menunya adalah berasaskan makanan laut.
“Sekiranya ada pertanyaan, sila hubungi mereka dulu,” katanya dalam Instagram.
Perkongsian tersebut seterusnya mendapat pelbagai reaksi daripada netizen termasuk mendakwa restoran tersebut tidak mempunyai sijil halal.
“Mesra Muslim tidak menjamin makanannya halal, niat saya hanya menegur sesama umat Islam.
“Kedai ini tak halal, dekat dengan rumah saya,” ujarnya.
Selain itu, netizen turut memuji kemesraan antara Diana dan Farid yang dilihat semakin bahagia selepas rujuk pada Ogos lalu. – KOSMO! ONLINE