fbpx

Covid-19: Kluster kilang, pusat jagaan warga emas di Kedah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

ALOR SETAR – Sebanyak dua kluster Covid-19 dicatatkan di Kedah sepanjang Minggu Epidemiologi ke-51 (ME 51) iaitu dari 17 Disember hingga 23 Disember lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesihatan negeri, Mejar (B) Mansor Zakaria berkata, dua kluster tersebut dicatatkan di sebuah kilang di Kuala Muda dan sebuah pusat jagaan warga emas di Kota Setar.

“Selain itu terdapat satu kematian dicatatkan pada ME 51 berbanding tiga yang dicatatkan pada ME sebelumnya.

“Secara keseluruhannya, terdapat sembilan kematian akibat Covid-19 dicatatkan di Kedah sejak 1 Disember lalu hingga ME 51,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Kata beliau, secara keseluruhannya terdapat sebanyak 1,313 kes Covid-19 di negeri ini di Kedah di sepanjang ME51 sekali gus jumlah itu menunjukkan peningkatan sebanyak 266 kes atau 25.4 peratus berbanding ME sebelumnya.

“Sebanyak 142 kes dimasukkan ke wad biasa manakala 10 kes dirawat di unit rawatan rapi (ICU) sepanjang ME51.

“Majoriti kes dilaporkan adalah melalui saringan bergejala iaitu sebanyak 88 peratus,” katanya.

Dalam pada itu beliau memaklumkan, Kulim mencatatkan kes Covid-19 tertinggi bagi tempoh ME 51 iaitu sebanyak 498 kes.

“Daerah Kuala Muda pula berada di tangga kedua dengan mencatatkan sebanyak 352 kes diikuti Kota Setar dengan 150 kes dan Kubang Pasu 105 kes.

“Selain itu Baling mencatatkan 65 kes, Pendang 50 kes, Sik 17 kes, Bandar Baharu 13 kes dan Padang Terap tujuh kes manakala Langkawi serta Yan masing-masing mencatatkan 28 kes,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI