fbpx

Lagi kes bayi maut kemalangan elak lopak air di LPT 2

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang ramai menyelamatkan keluarga Mohammad Adam Rayyan yang tercampak ke dalam tebing lebuh raya yang dipenuhi air setelah kenderaan mereka terbabas akibat terlanggar lopak air di KM 372, LPT 2 berhampiran Bukit Besi, Dungun semalam.

DUNGUN – Seorang lagi bayi maut selepas kenderaan pacuan empat roda dinaiki bersama ahli keluarganya terbabit dalam kemalangan di Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) di sini semalam.

Kejadian di Kilometer 372 berhampiran Bukit Besi pukul 6.40 petang itu mengorbankan mangsa, Mohammad Adam Rayyan Abdul Rahim yang berusia tujuh bulan.

Mangsa mengalami kecederaan parah setelah kenderaan dinaiki hilang kawalan sebelum terbabas selepas terlanggar lopak air di lokasi berkenaan.

Bayi itu meninggal dunia ketika menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu pada pukul 12.25 tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Maizura Abdul Kadir berkata, sewaktu kejadian, ketika kejadian mereka dikatakan dalam perjalanan pulang ke Pengerang, Johor dari Kota Bharu, Kelantan.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, Mitsubishi Pajero Sport dinaiki mereka tiba-tiba hilang kawalan selepas terlanggar lopak jalan.

“Impaknya kenderaan itu terbabas dan merempuh besi penghadang lebuh raya sebelum terhumban ke tebing yang dipenuhi air,” katanya yang dihubungi Kosmo! hari ini.

Maizura memberitahu, pengguna lebuh raya yang menyaksikan kejadian itu bergegas membantu menyelamatkan lima pemandu dan penumpang sebelum menghubungi pihak berkuasa.

Pemandu Mitsubishi Pajero Sport, Mohammad Taufik Babge, 34, isteri, Hamizah Mustapha, 35, serta dua anak saudara mereka masing-masing berusia 11 dan 20 tahun cedera parah. Mereka dikejarkan ke Hospital Hulu Terengganu bagi mendapatkan rawatan.

“Mangsa (Mohammad Adam Rayyan) yang kritikal dikejarkan ke HSNZ dan disahkan meninggal dunia setelah hampir 18 jam menerima rawatan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI