fbpx

Banjir Terengganu semakin memburuk, mangsa meningkat 8,808 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah kenderaan pikap meredah banjir di Jongok Batu, Dungun semalam.

KUALA TERENGGANU – Situasi banjir di negeri ini semakin memburuk apabila mangsa yang berada di pusat pemindahan sementara (PPS) melonjak kepada 8,808 orang daripada 2,402 buah keluarga.

Kuala Nerus menjadi daerah terbaharu yang terjejas dengan satu-satunya daerah yang masih belum dilanda banjir di negeri ini adalah Kuala Terengganu.

Setakat ini, sebanyak 128 PPS dibuka membabitkan tujuh daerah iaitu Hulu Terengganu, Dungun, Besut, Setiu, Kemaman, Marang dan Kuala Nerus.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu berkata, Hulu Terengganu mempunyai 3,005 mangsa terdiri daripada 874 keluarga yang berada di 34 PPS.

“Seramai 1,609 mangsa daripada 444 buah keluarga pula berada di 25 PPS di Dungun.

“Sebanyak 24 PPS yang mempunyai 1,609 mangsa daripada 364 keluarga dibuka di Besut,” katanya di sini hari ini.

Menurut Jurucakap Sekretariat JPBN Terengganu, Setiu pula mempunyai seramai 1,432 mangsa daripada 410 buah keluarga yang berlindung di 30 PPS.

Tambah beliau, seramai 48 mangsa daripada 12 keluarga berada di dua PPS di Marang.

“Sebanyak tiga PPS yang mempunyai 25 mangsa daripada tiga keluarga dibuka di Kuala Nerus,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI