fbpx

Banjir: ICQS Rantau Panjang ditutup sementara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ICQG Rantau Panjang ditutup buat sementara waktu bermula hari ini akibat banjir. -Foto KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN/KOSMO!

RANTAU PANJANG – Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin Keselamatan (ICQS) di sini terpaksa ditutup buat sementara waktu akibat terjejas banjir berkuat kuasa hari ini.

Timbalan Pengarah Jabatan Imigresen Kelantan, Ruzaana Mohamed berkata, penutupan ICQS itu dijalankan berikutan kenaikan paras air di Rantau Panjang.

Menurutnya, selain itu, jalan raya di sekitar ICQS juga sudah ditutup kepada semua kenderaan.

“Pegawai-pegawai daripada agensi yang lain juga sudah tidak bertugas ketika ini berikutan paras air meningkat.

“Orang ramai yang berhajat untuk masuk ke Kelantan dengan kenderaan boleh menggunakan ICQS di Bukit Bunga, Jeli yang masih beroperasi seperti biasa,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Ruzaana memberitahu, bagi yang tidak menggunakan kenderaan, mereka boleh menggunakan perkhidmatan bot untuk masuk atau keluar ke negara ini.

Katanya, perkhidmatan feri di Pengkalan Kubor, Tumpat juga dihentikan sementara waktu sehingga dimaklumkan kelak.

“Setakat ini, anggota Jabatan Imigresen masih berada di ICQS untuk melakukan pemantauan perkembangan keadaan banjir di kawasan berkenaan.

“Sebarang makluman terkini, orang ramai boleh mengikuti Facebook rasmi Jabatan Imigresen Kelantan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI