fbpx

Aisyah, Alif Teega buat perjanjian serah aset buat isteri pertama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar terakhir yang dimuat naik di Instagram Aisyah Hijanah bersama Aliff pada 26 November lalu.

PETALING JAYA – Pempengaruh media sosial, Aisyah Hijanah dan suaminya Alif Teega masih menjadi perbualan hangat netizen sehingga kini sejak berlaku pergolakan rumah tangga mereka pada 23 November lalu selepas lelaki itu mengakui sudah berkahwin lain.

Semalam, Aisyah Hijanah dalam hantaran di Instagramnya berkongsi beberapa gambar termasuklah satu set surat perjanjian pendamaian di antara dia dan suami.

Menurut Aisyah Hijanah, Aliff bersetuju memidahkan kesemua harta dan aset yang dibina bersama sejak awal perkahwinan mereka atas namanya.

Katanya, tindakannya itu adalah sebagai tanda menuntut hak seorang isteri setelah bersusah payah bekerja bersama-sama suaminya sehingga mereka mampu meraih kejayaan yang dikecapi sekarang.

“Segala hasil titik peluh yang dibina dari awal bersama suami (aset harta sepencarian), telah dipindahkan seratus peratus kepada milik Aisyah termasuklah share syarikat, rumah, kereta dan aset-aset yang lain.

“Lindungi hak dan usaha anda. Catat semua aset bersama dan buat satu perjanjian khas. Kalau mampu lantik peguam, silakan.

“Pada awal mungkin kita akan blur, tapi bila kita cuba bertenang dan berdamai dengan takdir, kita akan dapat jalan. Jangan mengalah terlalu awal,” katanya.

Dalam pada itu, Aisyah Hijanah sempat menitipkan pesanan buat kaum wanita yang senasib dengannya dalam kehidupan berpoligami, agar tidak terburu-buru membuat keputusan untuk bercerai sebaliknya kekal tenang mencari penyelesaian terbaik berdepan konflik rumah tangga masing-masing.

Aisyah Hijanah juga menjelaskan bahawa dia bukanlah seorang isteri mata duitan disebabkan menuntut hak tersebut, namun tindakan itu bagi memastikan kehidupannya bersama anak-anak terjamin.

Malah Aisyah Hijanah juga berterima kasih kepada Alif kerana memberikan kerjasama baik dan menyerahkan hak yang sepatutnya kepada dia serta anak-anak.

“Bukan bermakna kita tamak atau gila harta, tetapi nak selamat dan jaminan untuk diri serta anak-anak. Sentiasa minta Allah beri petunjuk dan cari jalan yang terbaik.

“Anda perlu mengawal emosi anda dan bertenang kalau tidak akan merosakkan segalanya,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI