fbpx

12 sungai di Terengganu melepasi aras bahaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Sebanyak 12 sungai di Terengganu telah melebihi aras bahaya sejak pukul 9.45 pagi tadi.

Menerusi laman Facebook Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), antara sungai tersebut adalah Sungai Tersat di Kampung Sekayu, Sungai Besut di Jambatan Keruak dan Sungai Dungun di Jambatan Jerangau.

“Diikuti dengan Sungai Berang di Kampung Menerong, Sungai Peneh di Felda Mengkawang, Sungai Telemong di Kuala Ping, Sungai Kemaman di Jambatan Air Putih dan Sungai Kemaman di Rumah Pam Paya Paman.

“Turut melebihi tahap bahaya adalah Sungai Tebak di Jambatan Tebak, Sungai Nerus di Kampung Bukit, Sungai Setiu di Jambatan Permaisuri dan Sungai Besut di Kampung La,” katanya.

Dalam pada itu, jelas JPS lagi, di Pahang, lima sungai turut melebihi aras bahaya iaitu Sungai Tembeling di Kampung Bantal Seberang, Sungai Luit di Kampung Subuh, Sungai Keratong di Jalan Kota Bahagia.

“Dua lagi adalah Sungai Pahang di Kuala Sungai Chini dan Sungai Pukin,” katanya.

Tiga sungai di Kelantan turut melebihi aras bahaya iaitu Sungai Kelantan di Kuala Krai, Sungai Golok di Kampung Jenob (F1) dan Sungai Kelantan di Kuala Besar.

Sementara itu di Sarawak hanya stesen Batu Niah Bazaar, Miri melebihi tahap bahaya namun menunjukkan trend penurunan setakat pukul 10.30 pagi tadi.

Amaran bahaya dikeluarkan apabila aras air sungai mula melimpah dan boleh menyebabkan banjir. Perpindahan perlu dilaksanakan jika perlu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI