fbpx

10,000 Orang Asli di kampung pedalaman terputus hubungan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Masyarakat Orang Asli menaiki perahu untuk mengambil bantuan bakul makanan yang disediakan oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Gua Musang di RPS Kuala Betis. Foto oleh AIMUNI TUAN LAH/ KOSMO!

GUA MUSANG – Hujan lebat berterusan menyebabkan kira-kira 10,000 penduduk Orang Asli yang tinggal di beberapa buah pos pedalaman di daerah ini terputus hubungan apabila jalan perhubungan menuju ke penempatan mereka dinaiki air dan berlaku kejadian tanah runtuh.

Antara pos yang terlibat adalah penduduk di sekitar Rancangan Penempatan semula (RPS) Kuala Betis, Pos Bihai, Pos Simpor, Pos Gob, Pos Belatim, Pos Balar, Pos Hau dan Pos Tohoi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Mohd. Syahbuddin Hashim berkata, setakat ini hanya dua pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di kawasan perkampungan Orang Asli iaitu bertempat di RPS Kuala Betis.

Katanya, Jabatan Kebaikan Masyarat (JKM) dengan kerjasama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) sudah mula menghantar bantuan makanan kepada penduduk yang terputus hubungan sejak semalam.

“Di RPS Kuala Betis sahaja beberapa kampung sudah terputus hubungan antaranya Kampung Teranek, Kampung Lambok, Kampung Jias dan Kampung Setawar.

“Dianggarkan hampir 10,000 penduduk Orang Asli kini terputus hubungan di daerah ini susulan hujan berterusan yang berlaku sejak empat hari lalu katanya selepas melawat PPS di SK Kuala Betis dan menyertai operasi menghantar bantuan makanan kepada penduduk kampung Orang Asli yang terjejas.

Mohd. Syahbuddin berkata, kawasan Orang Asli di Pos Brooke dan Pos Blau juga terputus hubungan apabila jalan utama Gua Musang-Lojing dinaiki air.

Menurut seorang mangsa banjir yang tinggal di PPS SK Kuala Betis, Rohana Alang, 35, dia terkandas untuk pulang ke rumah kerana laluan untuk ke Pos Belatim rosak teruk dan berlaku kejadian tanah runtuh.

“Saya tinggal di sini bersama suami dan anak sejak kelmarin selepas tidak dapat pulang ke kampung akibat tanah runtuh dan jambatan runtuh. Saya harap hujan reda dan kami semua boleh pulang ke rumah,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI