fbpx

Trafik lebuh raya utama dijangka sesak malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan. Foto oleh IQBAL HAMDAN / KOSMO!

PETALING JAYA – Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama negara dijangka meningkat dan sesak mulai malam ini ekoran orang ramai yang akan membuat perjalanan pulang selepas berakhirnya cuti sambutan perayaan Krismas.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata, kemuncak kesesakan di lebuh raya dijangka ketika tol percuma mula diberikan pada pukul 12 tengah malam ini.

“Dijangka sesak pada malam ini memandangkan pengguna sudah mula balik ke ibu kota (susulan cuti perayaan Krismas berakhir hari ini).

“Orang ramai dinasihatkan untuk merancang perjalanan mereka dan pastikan baki kad Touch ‘n Go mencukupi bagi mengelakkan kesesakan ketika membuat pembayaran di plaza tol,” katanya kepada Kosmo!

Katanya, situasi semasa aliran trafik berada dalam keadaan terkawal dan bergerak lancar setakat pukul 1.30 petang tadi.

Keseluruhannya aliran trafik di semua lebuh raya antaranya Lebuh Raya Utara Selatan masih bergerak lancar dan terkawal, setakat pukul 1.30 petang tadi.

“Trafik di Lebuh Raya Utara Selatan ketika ini bergerak lancar dan terkawal. Situasi yang sama juga bagi semua lebuhraya bertol di sekitar Lembah Klang.

“Begitu juga bagi lebuh raya menuju Pantai Timur, Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak, Lebuh Raya Pantai Timur 1 dan Lebuh Raya Pantai Timur 2,” katanya.

Tambahnya, orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline 1800-88-0000 dan laman Twitter di http://www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-887752 serta laman X di http://www.twitter.com/LLMtrafik. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI