fbpx

Sikap acuh tak acuh sebabkan pantai jadi kotor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEINDAHAN pantai yang dulunya bersih dan terjaga, kini dicemari dengan sampah sarap yang dibuang di merata tempat.

Saudara Pengarang,

Baru-baru ini, saya berpeluang pulang ke kampung halaman di Bachok, Kelantan selama beberapa hari bersama keluarga untuk menjenguk ibu dan bapa sempena cuti persekolahan.

Keterujaan pulang ke tempat dilahirkan begitu terasa selepas hampir lapan bulan tidak pulang disebabkan kesibukan bekerja ditambah pula anak-anak yang bersekolah.

Inilah masanya untuk mengimbau kembali kenangan semasa kecil dan mengunjungi tempat-tempat yang satu ketika dahulu pernah menjadi ‘padang’ permainan bersama rakan-rakan sebaya.

Salah satu tempat yang tidak pernah ketinggalan untuk dikunjungi adalah Pantai Baru yang terletak bersebelahan dengan Pantai Melawi, cuma dipisahkan oleh muara.

Apa yang membuatkan saya suka berkunjung ke sana adalah tempatnya yang tidak ramai pengunjung berbanding Pantai Melawi yang sesak terutama ketika hujung minggu, selain pantainya yang bersih dan suasana memenangkan.

Namun kunjungan pada kali ini ternyata berbeza kerana kawasan itu tidak seperti sebelum ini. Apa yang dikesalkan, sampah sarap daripada botol-botol plastik dan lain-lain banyak bertaburan di atas pasir.

Inilah cerminan orang luar kepada penduduk tempatan yang tidak cakna dengan kebersihan dengan membiarkan sampah bertaburan tanpa ada usaha untuk mengumpul dan membuangnya.

Sayang seribu kali sayang, pantai yang cantik kelihatan cacat dengan pemandangan sedemikian, sedangkan negeri Kelantan terkenal dengan imej Islam yang semenangnya mementingkan kebersihan dari segenap segi.

Kalau inilah mentaliti orang tempatan, jangan disalahkan orang lain satu hari tiada lagi orang luar akan berkunjung ke kawasan mereka dan paling rugi ialah diri sendiri. Siapa lagi nak diharap untuk menjaga kebersihan, kalau bukan kita sebagai warga tempatan.

Orang Kecewa
Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI