fbpx

Sempat nyanyi ‘Tinggal Kenangan’ sebelum jatuh lemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar Nur Damia (kanan) dan Siti Aisyah.

RANTAU PANJANG – Pilu hati seorang ibu apabila melihat rakaman video terakhir anaknya Nur Damia Qaisara Sabri, 11, yang bermain air banjir bersama rakannya sebelum mereka terjatuh ke dalam alur sungai di Kampung Petai Dusun, di sini petang semalam.

Sarah Adnan, 32, berkata, menerusi rakaman video itu, Nur Damia dilihat sangat gembira menyanyikan lagu bertajuk Tinggal Kenangan yang dipopularkan oleh Allayharham Saleem.

Menurutnya, nyanyian Nur Damia itu cukup menyentuh hati seolah-olah memberi isyarat dia akan pergi untuk selama-lamanya.

“Video itu sempat dirakam oleh rakan Nur Damia yang merupakan saksi kejadian. Dia juga sempat melihat Nur Damia dan rakan, Siti Aisyah Mazi yang berusia 11 tahun jatuh ke dalam sungai tersebut.

“Nur Damia nampak seronok bermain air dan tidak menyedari bahaya mengundang ketika leka duduk di tepi jalan yang dilimpahi air deras,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Sarah memberitahu, selepas mengetahui Nur Damia yang merupakan anak sulung daripada tiga beradik jatuh sungai, dia terus bergegas ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira satu kilometer dari rumahnya.

Katanya, semasa usaha menyelamatkan kedua-dua kanak-kanak itu, Siti Aishah sempat ditarik oleh ibunya, tetapi terlepas kerana arus di kawasan tersebut sangat deras.

“Tanpa berlenggah suami saya terjun untuk menyelamatkan mereka berdua, Siti Aisyah berjaya ditemui manakala anak saya masih hilang,” ujarnya.

Sarah memberitahu, tiada kelakuan pelik yang ditunjukkan oleh Nur Damia kecuali dia memohon maaf kepada semua rakan sekelas melalui aplikasi WhatsApp beberapa hari lalu.

Kosmo! Online semalam melaporkan, seorang budak perempuan ditemui lemas selepas terjatuh ke dalam alur sungai di Kampung Banggol Petai, di sini

Dalam kejadian 6.30 petang itu, Siti Aisyah meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke Hospital Tanah Merah dekat sini.

Seorang lagi rakan mangsa, Nur Damia masih belum dijumpai dan operasi mencari kanak kanak itu masih dijalankan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI