fbpx

Rezeki tak berkat, tipu laporan kesihatan sebab nak kerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Tindakan menipu dalam laporan kesihatan untuk mendapatkan pekerjaan bukanlah perbuatan jujur, sebaliknya ia melanggar undang-undang.

Dalam masa sama, perbuatan itu juga mungkin membawa kesan terhadap keberkatan rezeki yang diperolehi daripada pekerjaan tersebut.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri menjelaskan, sebagai seorang muslim, amat penting untuk menjauhi segala bentuk ketidakjujuran dalam setiap tindakan.

“Menipu adalah amalan yang sangat dimurkai dalam syarak, bahkan dianggap sebagai dosa besar.

“Dalam hal ini, kami menasihati agar bertaubat kepada Allah dan menghindari perbuatan sedemikian,” katanya menerusi penjelasan dimuat naik pada aplikasi Alinarah semalam.

Beliau berkata demikian menjawab persoalan daripada seorang pengirim yang bertanyakan hukum menipu laporan kesihatan demi mendapatkan pekerjaan.

Dalam pada itu, Zulkifli berkata, perbuatan menipu merupakan perbuatan amat tercela kerana ia merupakan perbuatan orang munafik.

“Sebagai muslim hendaklah bersikap jujur dalam setiap perbuatan mahupun kata-kata kerana ia merupakan perintah Allah.

“Oleh demikian, menipu dalam laporan kesihatan demi mendapatkan pekerjaan juga termasuk dalam perbuatan yang tidak jujur diharamkan oleh Allah,” tegasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI