fbpx

EPL: Jim Ratcliffe mahu pulih imej Manchester United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JUTAWAN Britain, Sir Jim Ratcliffe berjaya mencapai kata sepakat dengan Man. United bagi membolehkannya memiliki 25 peratus saham kelab. - AGENSI

MANCHESTER – Jutawan Britain, Sir Jim Ratcliffe yang bersetuju membeli 25 peratus saham Manchester United berikrar untuk mengembalikan kelab itu di kedudukan terbaik, tidak kira di saingan domestik, Eropah atau pun peringkat dunia.

Pengerusi INEOS itu juga bersedia untuk melakukan pelaburan £236 juta (RM1.38 bilion) dan menyatakan keterujaannya untuk bantu kelab itu ke arah yang lebih baik.

“Sebagai orang tempatan dan menyokong kelab ini, saya gembira kerana kami sudah pun besetuju dengan ahli lembaga pengarah Manchester United. Kami akan membawa masuk pengetahuan, kepakaran dan bakat daripada kumpulan INEOS Sport untuk bantu pasukan ke arah lebih baik.

“Kami juga turut menyediakan dana utuk membolehkan kemasukan pelaburan ke Old trafford pada masa akan datang. Banyak cabaran dan kerja keras menanti namun kami tetap akan hadapinya kerana kami berada di sini untuk tempoh yang panjang.

“Kami komited untuk bekerjasama dengan semua orang dalam kelab ini bagi memacu kelab. Cita-cita kami jelas iaitu untuk melihat Manchester United kembali ke tempat sepatutnya,” katanya.

Sebelum ini, Ratcliffe terpaksa bersaing dengan Sheikh Jassim namun ahli perniagaan Qatar itu ambil keputusan untuk menarik diri daripada terus mengemukakan bidaan untuk membeli saham Red Devils. AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI