fbpx

Ramai serbu Bukit Bintang sempena cuti Krismas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kanak-kanak gembira menaiki karusel yang menjadi tarikan utama di Pavilion Bukit Bintang hari ini - FOTO oleh M FIRDAUS M JOHARI/KOSMO!

KUALA LUMPUR – Pavillion Bukit Bintang hari ini sesak dengan orang ramai susulan cuti panjang selama tiga hari yang bersambung dengan cuti perayaan Hari Krismas.

Tinjauan Kosmo! mendapati, trafik sesak menuju ke Pavilion ekoran jumlah kenderaan yang tinggi memasuki kawasan Bukit Bintang.

Selain meluangkan masa bersama keluarga, rata-rata pengunjung datang ke Pavilion Bukit Bintang untuk membeli belah sempena jualan Krismas yang masih lagi berlangsung.

Malah, ada juga yang datang untuk merasai sendiri kemeriahan menyambut Krismas di ibu kota.

Menurut Darren, 34, tarikan yang ada di Pavilion tahun ini merupakan antara sebab utama dia membawa ahli keluarga meluangkan masa di pusat beli belah tersebut.

“Di sini, ada banyak tarikan. Anak boleh naik karusel dan meluangkan masa bersama Santa Claus.

“Bukan selalu kita boleh alami pengalaman sebegini jadi kami sekeluarga terus bergerak ke sini (Pavilion) walaupun sesak dengan orang ramai,” katanya ketika ditemui wartawan Kosmo! hari ini.

Selain itu, menurut Rowland Chua, 40, dia datang ke Pavilion Bukit Bintang hari ini untuk berjalan-jalan bersama keluarga sambul membeli belah.

“Disebabkan kami tidak berkesempatan pulang ke kampung tahun ini, kami sekeluarga datang ke Pavilion untuk berjalan-jalan.

“Sudah sampai baru kami perasan ada sesi bersama Santa Claus, jadi kami pun beratur untuk pastikan anak-anak dapat rasai pengalaman tersebut,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI