fbpx

Polis kesan saksi mayat lelaki ditemui dalam longkang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lokasi penemuan mayat seorang lelaki tempatan di sebuah longkang di Jalan TSB 9, Kota Damansara, Petaling Jaya, Rabu lalu.

PETALING JAYA – Polis memohon bantuan saksi kematian membabitkan seorang lelaki tempatan yang ditemui meninggal dunia dalam sebuah longkang di Jalan TSB 9, Kota Damansara, Petaling Jaya, Rabu minggu lalu.

Mangsa merupakan seorang lelaki berusia lingkungan 45 tahun dan beralamat di Jalan Pekaka 8/1 Seksyen 8, Kota Damansara, di sini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan M. Hussin Sollehuddin Zolkifly berkata, pihaknya menerima maklumat penemuan mayat tersebut pada sekitar pukul 6.34 petang.

Katanya, seorang lelaki tempatan memaklumkan dirinya menemui seorang lelaki berpakaian lengkap dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam sebuah longkang.

“Siasatan awal oleh pegawai forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor telah menemui identiti mangsa di dalam poket seluarnya.

“Mangsa dipercayai meninggal dunia dalam tempoh tidak sampai 24 jam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

M Hussin berkata, orang ramai yang melihat atau berada di tempat kejadian diminta untuk ke balai polis berhampiran atau berhubungan secara terus dengan Ketua Polis Balai Kota Damansara, Asisten Superintendan, Mohd Nasir Mustapha di talian 011-32052062 bagi membantu siasatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI