fbpx

Peluang Torres Garrido padam persepsi negatif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERTAHANAN negara, Harith Haiqal (kanan) giat menjalani latihan bagi menghadapi China B-23 buat kali kedua di Stadium Jinshan, esok. - FAM

KUALA LUMPUR – Pengendali skuad Bawah 23 Tahun (B-23), Juan Torres Garrido kini seakan berdepan tugas mandatori untuk meyakinkan peminat tempatan yang kemenangan 1-0 ke atas China B-23, Sabtu lalu bukan diraih secara kebetulan.

Mengambil kira jaringan kemenangan dihasilkan di hujung permainan, mungkin ada yang beranggapan ia lebih kepada bernasib baik dan kini persepsi itu harus segera dipadamkan oleh Torres Garrido pada perlawanan kedua, esok.

“Lawan China yang merupakan pasukan bagus memerlukan kami melihat dan perbaiki segala kelemahan. Tetapi saya dapat lihat hari demi hari kami sentiasa cuba menjadi lebih baik.

“Kamu sendiri tahu (kualiti) pasukan yang kami hadapi dan pasti ada perkara perlu kami baiki khususnya di jentera serangan. Bagi saya, selepas kami melihat semula video (perlawanan) sudah pasti kami akan tahu apa yang perlu dilakukan,” katanya.

Pada aksi pertama sebelum ini, jaringan bek tengah Selangor, Harith Haiqal Adam Afkar pada masa kecederaan babak kedua sudah memadai untuk hadiahkan kemenangan sulung buat Torres Garrido.

Keputusan itu jelas mencetuskan khabar kurang gembira buat tuan rumah selepas skuad seniornya turut kecewa apabila diikat Harimau Malaya 1-1 pada aksi persahabatan September lalu.

Hakikatnya kemenangan ini juga menjadi permulaan positif buat regim baharu skuad B-23 kendalian Juan Torres Garrido dan kejayaan kali ini menghidupkan keyakinan peminat sebelum hadapi pusingan akhir Piala Asia B-23 di Qatar, April depan.

Pada undian sebelum ini, skuad B-23 diundi dalam Kumpulan D bersama naib juara edisi 2022, Uzbekistan, naib juara 2018, Vietnam dan Kuwait. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI