NEW DELHI – Seorang lelaki di Mumbai terkejut apabila menemui sejenis pil di dalam makanan yang dipesan secara online menjelang sambutan Krismas, lapor portal berita India Today hari ini.
Ujwal Puri yang merupakan seorang jurugambar, menemui sebiji pil di dalam ayam bersos tiram yang dipesannya dari kafe yang popular dengan kualiti masakannya di Colaba.
Dia kemudian berkongsi gambar ayam bersama pil itu di platform X semalam.
Ketika rakaman video dan gambar tersebut mendapat perhatian di media sosial, syarikat penghantaran makanan itu kemudian membalas aduan lelaki berkenaan
Wakil syarikat penghantaran itu menulis: “Kami mengharapkan yang lebih baik daripada rakan kongsi restoran kami. Kami akan melihat perkara ini.”
Netizen turut memberikan komen dengan ada yang menulis bahawa kualiti makanan di kafe tersebut semakin merosot.
Terdapat juga netizen yang bergurau dengan mengulas bahawa pil itu disertakan bersama supaya pelanggan tidak sakit perut. – AGENSI