fbpx

Pekerja rumah pam pasir panjat pokok elak banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba menyelamatkan seorang pekerja rumah pam pasir yang terpaksa memanjat pokok untuk menyelamatkan diri daripada banjir di Hutan Lipur Lata Tembakah, Jertih, Besut hari ini.

BESUT – Tiga pekerja rumah pam pasir terperangkap selepas lokasi mereka bekerja berhampiran sungai di Hutan Lipur Lata Tembakah, Jertih di sini ditenggelami banjir hari ini.

Salah seorang daripada pekerja berusia dalam lingkungan 22 hingga 29 tahun itu nekad memanjat sebatang pokok setinggi hampir tiga meter bagi menyelamatkan diri.

Mereka akhirnya terpaksa menghubungi pihak berkuasa untuk memohon bantuan setelah paras air di kawasan pam pasir tersebut meningkat mendadak.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jerteh, Muhammad Tarmimi Che Musa berkata, sepasukan 10 anggota bomba telah bergegas ke lokasi tersebut sebaik menerima maklumat pada pukul 5.30 petang.

“Kami memudiki kawasan sungai itu dengan bot bersama anggota polis, tentera dan badan budan bukan kerajaan (NGO).

“Dua daripada mangsa berlindung di dalam rumah pam manakala seorang lagi berada di atas pokok berhampiran,” katanya di sini hari ini.

Muhammad Tarmimi berkata, ketiga-tiga mangsa dibawa keluar dengan menaiki bot sebelum dihantar ke pusat pemindahan sementara (PPS) berhampiran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI