fbpx

Pasangan ditangkap berasmara dalam kereta waktu solat Jumaat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang pemandu kereta lain yang sedang menanti majikannya dikatakan terlihat sesuatu yang ‘aneh’ di tingkap kenderaan jenis Toyota Avanza tersebut. – Kompas

JAKARTA – Sepasang kekasih di Kebumen, wilayah Jawa Tengah ditangkap sedang melakukan perbuatan tidak senonoh di dalam sebuah kenderaan ketika orang ramai sedang menunaikan solat Jumaat, lapor laman berita Tribun News hari ini.

Kejadian berlaku pada 15 Disember lalu di kawasan parkir Hospital Muhammadiyah di Gombong.

Ketika kejadian, seorang pemandu kereta lain yang sedang menanti majikannya dikatakan  terlihat sesuatu yang ‘aneh’ di tingkap kenderaan jenis Toyota Avanza tersebut.

Ia berlaku ketika suasana sunyi sepi pada waktu tengah hari semasa umat Islam menunaikan solat Jumaat.

Pemandu tersebut lantas menghampiri kenderaan itu dan terkejut melihat aksi tidak senonoh pasangan berkenaan.

Selepas dicekup, mereka mengaku bukan suami isteri, sebaliknya masing-masing sudah mendirikan rumah tangga.

Susulan kejadian itu, isteri pelaku yang dikenali sebagai M, melaporkan hal tersebut kepada polis kerana berasa malu dengan perbuatan suaminya. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI