fbpx

Nyawa masih panjang walaupun beberapa kali tenggelam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Norisan membawa pakaiannya untuk berpindah di Kampung Bukit Tandak, Rantau Panjang hari ini. Foto oleh ROHANA ISMAIL/KOSMO!

RANTAU PANJANG – Seorang wanita berdepan detik cemas apabila nyaris lemas selepas dihanyutkan arus deras ketika meredah banjir untuk mendapatkan bantuan semasa berpindah di Kampung Gual Mekong, di sini hari ini.

Norisan Ahmad 38, berkata, kejadian berlaku semasa air di kawasan kampung itu naik secara mendadak sehingga dia dan suami, Sakimin Ibrahim, 30, terperangkap di dalam rumah.

Katanya, keadaan itu menyebabkan dia memberanikan diri keluar manakala suaminya masih lagi berkemas di dalam rumah.

“Selepas 100 meter mengharung banjir, saya tidak perasan laluan itu semakin dalam sebelum beberapa kali tenggelam.

“Saya sebenarnya hampir lemas apabila sudah beberapa kali tertelan air banjir. Saya terus menjerit meminta pertolongan. Nasib baik ada penduduk yang menaiki bot terdengar jeritan saya,” katanya ketika ditemui di Bukit Tandak di sini hari ini.

Norisan memberitahu, dia bersyukur apabila penduduk kampung datang dan membawanya ke tempat tinggi.

Menurutnya, suaminya juga berjaya keluar dengan menaiki bot untuk berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI