fbpx

Laluan Gua Musang-Lojing ditutup kepada semua kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lebih 100 kenderaan yang melalui jalan Gua Musang-Lojing terkandas selepas air anak Sungai Pos Brooke melimpah akibat hujan lebat semalam. Foto oleh AIMUNI TUAN LAH/KOSMO!

GUA MUSANG – Jalan Lojing-Gua Musang berhampiran Pos Blau di sini yang dilimpahi air anak Sungai Pos Brooke susulan hujan lebat semalam ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan hari ini.

Jabatan Kerja Raya Gua Musang dalam satu kenyataan berkata, laluan tersebut ditutup sejauh 100 meter selepas air sedalam 2.5 meter melimpah ke atas jalan.

Menurutnya, tiada laluan alternatif lain yang boleh digunakan untuk melalui jalan tersebut.

Kosmo! Online semalam melaporkan, lebih 100 kenderaan yang menggunakan laluan Jalan Gua Musang-Lojing dekat Pos Blau, di sini terkandas selepas laluan itu dilimpahi air anak Sungai Pos Brooke susulan hujan lebat.

Dalam kejadian pukul 6 pagi itu, kira-kira lebih 300 pengguna laluan ke Cameron Highlands, Pahang atau bandar Gua Musang terkandas lebih enam jam selepas jalan tersebut dinaiki air. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI