fbpx

Hujan lebat di Sabah dan Sarawak pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) meramalkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Sabah dan Sarawak, pagi ini.

Menurut kenyataan di laman Facebook, ramalan tersebut sehingga pukul 12 tengah hari, hari ini.

“Di Sabah, kawasan yang diramal mengalami cuaca buruk ialah di Sandakan (Telupid, Beluran dan Sandakan) dan Kudat (Kota Marudu dan Pitas) manakala di Sarawak, hujan lebat dijangka bakal melanda kawasan Kuching (Kuching) dan Samarahan,” katanya.

Tambah MetMalaysia, amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi MET Malaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI