fbpx

Bunuh, tanam belakang rumah: Lima suspek ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan polis mengeluarkan mayat lelaki yang ditanam di belakang rumah di Sungai Choh, Rawang, Gombak, malam kelmarin.

GOMBAK – Lima lagi individu ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes bunuh dan tanam seorang lelaki di belakang rumah di Sungai Choh, Rawang, di sini, malam kelmarin.

Tangkapan tersebut dibuat secara berasingan di sekitar Selangor bermula pukul 4.40 petang sehingga 11 malam tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, tangkapan tersebut membabitkan tiga lelaki dan dua orang wanita tempatan termasuk suspek utama.

Katanya, jumlah suspek yang ditahan kini seramai lapan orang yang mana berusia lingkungan 19 tahun hingga 45 tahun.

“Permohonan reman ke atas tangkapan baharu dibenarkan selama tujuh hari bermula hari ini untuk siasaran di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Bedah siasat terhadap mangsa mendapati ada kesan cedera luka dan lebam di kepala dan seluruh badan.

“Punca kematian belum disahkan sementara menunggu ujian makmal,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Noor Ariffin, siasatan lanjut juga masih dijalankan mengenai dakwaan kejadian berlaku akibat perselisihan faham berkenaan gambar atau video bogel teman wanita mangsa.

Tambah beliau, kekasih mangsa bukan antara individu yang ditahan kerana berdasarkan siasatan awal wanita itu dipercayai tidak terbabit dalam pembunuhan berkenaan.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan tiga beradik ditahan disyaki terbabit pembunuhan seorang lelaki tempatan berusia 19 tahun yang ditemui ditanam di dalam belukar di belakang rumah suspek di Kampung Sungai Choh, Rawang di sini kelmarin.

Kejadian dipercayai berpunca daripada salah faham antara salah seorang suspek dan mangsa yang juga teman lelakinya.

Mayat mangsa kemudiannya ditanam di belakang rumah keluarga itu sebelum salah isteri kepada salah seorang suspek membuat laporan polis.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI