fbpx

Banjir: Mangsa di Kelantan cecah hampir 2,000 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penduduk Kampung Limau Kasturi, Gua Musang menaiki bot selepas air Sungai Kerak melimpah susulan hujan lebat semalam. Foto oleh AIMUNI TUAN LAH/KOSMO!

KOTA BHARU – Mangsa banjir di Kelantan kembali meningkat susulan hujan lebat berterusan di kebanyakan kawasan sejak dua hari lalu.

Sekretariat Pengurusan Bencana Kelantan dalam satu kenyataan berkata, seramai 1,967 orang mangsa terjejas banjir hari ini berbanding 1,340 orang pada petang semalam.

Menurutnya, sebanyak 20 buah pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka di empat daerah iaitu Pasir Mas, Jeli, Tanah Merah dan Gua Musang.

“Daripada jumlah tersebut, Pasir Mas kekal menempatkan mangsa paling ramai iaitu seramai 918 orang di lima buah PPS.

“Seramai 571 mangsa berlindung di empat buah PPS di Jeli, Tanah Merah (363) dan Gua Musang (116),” katanya.

Menurut kenyataan itu, tiga sungai iaitu Sungai Kelantan di Dabong, Jeli, Kuala Besar (Kota Bharu) dan Sungai Golok (Rantau Panjang) melepas paras bahaya.

Katanya, selain itu, Sungai Kelantan di Tangga Krai (Kuala Krai) dan Sungai Lanas (Jeli) melepasi paras amaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI