fbpx

Banjir: APM selamatkan enam sekeluarga terperangkap dalam rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota APM menyelamatkan keluarga Nurul Suhada dengan menaiki bot di Kampung Che Long, Setiu semalam.

SETIU – Sebuah keluarga terpaksa meminta bantuan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) setelah mereka terperangkap di dalam rumah mereka yang dinaiki air sedalam kira-kira 1.5 meter di Kampung Che Long di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 7 pagi itu, Nurul Suhada Khalid, 36, bersama suami, Mahdi Yusof, 44, dan lima anak mereka tidak dapat keluar rumah untuk berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) berhampiran.

“Sebelum itu, saya dan suami bergegas berkemas barangan rumah untuk diletak di tempat tinggi.

“Tanpa sedar air naik dengan cepat sehingga tidak membolehkan kami membawa anak-anak yang masih kecil keluar untuk ke PPS,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Nurul Suhada berkata, suaminya, Mahdi yang hilang ikhtiar kemudiannya menghubungi pihak berkuasa untuk meminta bantuan dan bersyukur mereka akhirnya berjaya dikeluarkan pasukan APM dengan menaiki bot pada pukul 10 pagi.

Sementara itu, Pegawai Pertahanan Awam Daerah Setiu, Mohd. Nizu Husien berkata, operasi menyelamat keluarga Nurul Shuhada agak mencabar kerana lokasi rumah mereka yang telah ditenggelami banjir hanya boleh dilalui bot kecil.

“Bot dikendalikan secara berhati-hati dan Alhamdulillah operasi berjaya membawa enam sekeluarga itu ke PPS dengan selamat.

“Saya menasihatkan penduduk yang menetap di kawasan berisiko sentiasa berwaspada dan segera berpindah sekiranya air mula melimpah,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI