fbpx

Anak belasah, ikat ibu di tiang elektrik kerana sayur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG ibu diikat di sebatang tiang elektrik di Odisha baru-baru ini. - Foto India Today

NEW DELHI – Seorang wanita didakwa dipukul dan diikat pada tiang elektrik oleh anaknya sendiri kerana dia memetik bunga kubis dari kebun si anak  di daerah Keonjhar, Odisha, lapor portal berita India Today hari ini.

Pertikaian tercetus selepas wanita berusia 70 tahun itu memakan sayur yang dipetik dari kebun anaknya di kampung Sarasapasi. 

Ketika pertengkaran semakin memuncak, anaknya itu mengikat ibunya pada tiang elektrik dan memukulnya.

Penduduk kampung yang cuba campur tangan telah menerima ugutan daripada anak lelaki itu. 

Wanita itu kemudian diselamatkan oleh penduduk kampung dan dihantar ke Pusat Kesihatan Komuniti Basudevpur untuk mendapatkan rawatan.

Polis kemudian bertanya kepada wanita itu mengenai kejadian itu dan dakwaan telah difailkan terhadap anaknya di bawah undang-undang berkaitan.

Dalam pada itu, Dr. Abhijit Dixit dari Pusat Kesihatan Komuniti Basudevpur berkata: “Wanita itu dimasukkan ke pusat rawatan berkenaan pada 20 Disember.” – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI