fbpx

Aktivis hantar botol selepas Krismas diharamkan di Korea Utara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebanyak 17 botol dibaling ke Laut Kuning dari Korea Selatan dengan harapan akan sampai ke Korea Utara. - Foto Fox News

PYONGYANG – Sambutan Krismas diharamkan di Korea Utara tetapi ia tidak menghalang sekumpulan aktivis daripada menghantar mesej harapan, kepercayaan dan kebebasan kepada rakyat yang menderita di bawah pemerintahan diktator Kim Jong-un, lapor portal berita Fox News semalam.

Pemacu kilat USB yang memuatkan bacaan kitab Injil di hantar ke dalam botol di Laut Kuning supaya ia hanyut ke pantai semenanjung Korea Utara.

“Kita harus melakukan segala yang kita mampu untuk mendapatkan maklumat ke Korea Utara melalui darat, laut dan udara,” kata Pengerusi Pakatan Kebebasan Korea Utara, Suzanne Scholte yang berpangkalan di Washington, Amerika Syarikat (AS).

Dia yang menaja mesej itu bersama kumpulannya membaling 17 botol ke Laut Kuning dengan harapan kesemuanya akan tiba di Korea Utara. 

Setiap botol juga mengandungi beras yang mencukupi untuk memberi makan kepada empat keluarga selama seminggu, kitab Injil pada pemacu kilat USB dan wang AS$1 (RM4.63). 

Antara yang melancarkan mesej itu ialah sembilan orang pelarian Korea Utara yang ingin membawa kebebasan ke tanah air mereka. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI