fbpx

Ronaldo buru ‘kasut emas’ SPL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RONALDO (kanan) meledak satu gol ketika membantu Al-Nassr mencatat kemenangan ke atas Al-Ettifaq awal pagi semalam. - AFP

RIYADH – Al-Nassr masih belum berputus asa untuk mengejar kedudukan pendahulu Liga Pro Saudi (SPL), Al-Hilal selepas mencatat kemenangan 3-1 ke atas Al-Ettifaq di Stadium Universiti King Saud malam kelmarin.

Pada perlawanan itu, Al-Nassr dilihat menguasai sepenuhnya permainan dan berjaya menjaringkan tiga gol menerusi Alex Telles, Marcelo Brozovic serta bintang Portugal, Cristiano Ronaldo.

Lebih manis, perlawanan itu turut menyaksikan Ronaldo menjaringkan gol ke-17 dalam saingan liga, sekali gus bersaing hebat dengan penyerang Al-Hilal, Aleksandar Mitrovic yang sudah meledak 16 gol.

Jurulatih Al-Nassr, Luis Castro gembira dengan kemenangan itu selain menganggap Ronaldo membawa pengaruh cukup besar dalam pasukan selain melabelkan kapten Portugal berkenaan sebagai pemain contoh.

“Cristiano (Ronaldo) merupakan seorang pemain yang sangat istimewa dan sentiasa memberikan impak cukup besar kepada Al-Nassr, sama seperti ketika dia bersama pasukan-pasukan sebelum ini.

“Bagi saya, dia merupakan model terbaik untuk bola sepak dunia. Dia masih mampu menjaringkan banyak gol walaupun pada usia seperti ini, Ronaldo boleh dianggap sebagai mesin gol,” katanya.

Meskipun meraikan kemenangan tersebut, namun Al-Nassr akan berdepan dua aksi penting selepas ini yang bakal menentukan peluang mereka untuk merebut kejuaraan liga, iaitu menentang Al-Ittihad dan Al-Taawoun. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI