fbpx

Padah rempuh sekatan jalan, lelaki didenda RM1,700

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHAMAD BARIQ ketika dibawa untuk pertuduhan di Mahkamah Majistret Batu Pahat hari ini.

BATU PAHAT – Seorang lelaki didenda RM1,700 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana merempuh sekatan jalan raya.

Majistret Nur Asidah A Rahman menjatuhkan hukuman denda itu selepas tertuduh, Mohamad Bariq Kamsan, 31, mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dihadapinya.

Lelaki itu didakwa menghalang Koperal Shaiful Ezeham Hamid daripada menjalankan tugasnya ketika sekatan jalan di Batu 7, Jalan Besar Tongkang Pechah, di sini pada pukul 10 malam, 18 Disember lalu.

Tertuduh yang bekerja kampung didakwa mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya.

Mengikut fakta kes, tertuduh yang ketika itu memandu kereta seorang diri melalui sekatan jalan raya di Tongkang Pechah.

Sebaik tiba di lokasi, tertuduh tidak mengendahkan arahan polis supaya berhenti dengan memecut laju.

Anggota polis kemudian mengejarnya dengan mengeluarkan amaran namun dia tidak mengendahkannya sehingga dapat ditahan.

Terdahulu, pihak pembelaan memberitahu, anak guamnya memilih untuk membayar denda dan memohon mahkamah menjatuhkan hukuman paling minimum.

Pendakwaan bagaimanapun mencadangkan hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh dan orang lain.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI