fbpx

Leka main telefon tepi jalan, pencuri laju ‘buat kerja’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TELEFON bimbit seorang lelaki dicuri perompak di tepi jalan di Medan, Selasa lalu. - Foto Instagram.com/@terang_media

JAKARTA – Satu rakaman video tular menunjukkan situasi sebuah telefon bimbit dilarikan oleh seorang pencuri ketika pemiliknya sedang leka menggunakan peranti itu di tepi jalan raya, lapor laman berita Prohaba hari ini.

Kejadian berlaku di Medan pada Selasa minggu lalu, manakala detik mangsa dirompak dirakam menerusi kamera televisyen litar tertutup (CCTV). 

Ketika asyik bermain dengan telefon bimbitnya dekat sebuah kenderaan, seorang lelaki yang menunggang motosikal secara tiba-tiba datang ke arah mangsa lalu merampas peranti tersebut.

Mangsa kemudian bertindak mengejar pencuri yang melarikan diri dengan menggunakan motosikal. Ketika mengejar, dia terjatuh lalu menyebabkan pencuri lesap.

Klip video itu kemudian menjadi tular di media sosial dengan ada netizen menasihati agar jangan menggunakan telefon bimbit ketika berada di jalanan.

“Jangan beri kesempatan pada orang yang lalu lalang,” tulis @humairabalfas seperti dilaporkan Tribun Medan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI