fbpx

KPWKM tumpu pembangunan dasar, program untuk semua golongan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan memberi tumpuan kepada pembangunan dasar dan program yang menangani pelbagai keperluan rakyat, dari penjagaan kanak-kanak hinggalah warga emas pada tahun-tahun mendatang.

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, langkah tersebut bagi memastikan perkhidmatan berkualiti yang disediakan pihak kementerian boleh diakses kepada semua golongan.

Menurutnya, inisiatif itu bukan sekadar memberi penjagaan semata-mata, bahkan mewujudkan peluang pekerjaan yang mampan, memupuk budaya empati dan menyokong selain membina masyarakat berdaya tahan dan penyayang.

“Melihat ke hadapan, kami komited untuk meningkatkan ekonomi penjagaan, penting untuk mengukuhkan jaringan keselamatan sosial negara kita.

“Matlamat dengan cita-cita tinggi ini memerlukan usaha dan kerjasama kolektif, bukan sahaja dalam kalangan agensi kerajaan tetapi juga daripada (pertubuhan bukan kerajaan) NGO, persatuan komuniti, entiti sektor swasta dan pembabitan aktif masyarakat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Nancy berkata, KPWKM menandakan pencapaian penting pada tahun ini apabila berjaya mengadakan 13 siri jerayawara di seluruh negeri bagi mempromosikan Akta Antigangguan Seksual.

Katanya, bagi program Wanita Bangkit@KPWKM oleh Yayasan Kebajikan Negara (YKN) pula, ia memberi impak positif kepada 9,430 wanita termasuk usahawan kecil dan mereka yang terjejas teruk akibat pandemik.

Berhubung menjaga hak dan kesejahteraan kanak-kanak, beliau berkata, KPWKM menubuhkan Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak, beroperasi sejak 1 September lalu sekali gus berharap jabatan itu akan menjadi agensi bebas pada masa depan.

“Kita juga mempunyai inisiatif program advokasi keselamatan kanak-kanak di enam sekolah sekitar Kuala Lumpur, Sabah dan Sarawak yang mana dirancang diperluaskan kepada 300 sekolah tahun depan,” katanya.

Selain itu, beliau berkata, KPWKM akan membangunkan modul kursus yang komprehensif untuk penjagaan dan sokongan orang kurang upaya (OKU) bertujuan memupuk pembangunan potensi holistik mereka.

“Selari dengan itu, kita meningkatkan meningkatkan elaun pelatih OKU dalam Program Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) daripada RM150 kepada RM300 sebulan sekali gus mengesahkan komitmen terhadap pemerkasaan dan kebajikan mereka,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI