fbpx

JIM nafi kesesakan lapangan terbang ekoran kedatangan pelancong China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar dakwaan video tular yang mendakwa lapangan terbang di negarA ini sesak akibat dibanjir warga China

PUTRAJAYA- Jabatan Imigresen (JIM) menafikan dakwaan satu video tular yang mendakwa berlaku kesesakan di lapangan terbang di negara ini akibat dibanjiri oleh pelancong warga China.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh berkata, video itu merupakan video lama yang dirakam pada tahun 2022 di Dewan Bas, Bangunan Sultan Iskandar (BSI) Johor Bahru.

Katanya, video lama itu dirakam semasa pintu masuk negara mula dibuka selepas sekatan pergerakan rentas sempadan akibat Covid-19 ditamatkan.

“Video itu dirakamkan semasa pergerakan masuk rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura.

“JIM juga ingin menafikan bahawa rakaman tersebut telah dibuat di lapangan terbang antarabangsa negara,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

Jelasnya, secara purata pergerakan keluar dan masuk di BSI adalah 250,000 pada hari-hari biasa dan akan meningkat sekali ganda pada musim perayaan.

“Orang ramai dinasihatkan agar tidak menyebarkan maklumat tidak sahih yang boleh menimbulkan kekeliruan dan keresahan dalam kalangan masyarakat.

“Sila layari portal rasmi dan akaun media sosial rasmi JIM untuk mendapatkan maklumat tepat serta terkini berkaitan jabatan ini,” tegasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI