fbpx

Jeli, Tanah Merah terjejas bah gelombang ketiga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba membantu memindahkan mangsa banjir di Kampung Repoh, Tanah Merah malam tadi.-Foto BOMBA

KOTA BHARU – Daerah Jeli dan Tanah Merah terjejas akibat banjir gelombang ketiga yang melanda Kelantan susulan hujan berterusan di kebanyakan kawasan di negeri ini sejak semalam.

Portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melaporkan, tiga buah pusat pemindahan (PPS) dibuka di Jeli yang menempatkan seramai 141 mangsa manakala 20 mangsa di sebuah buah pusat pemindahan di Tanah Merah.

Menurutnya, PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Jeli 1 menjadi tempat berlindung kepada 112 mangsa diikuti SK Kuala Balah (14) dan SK Legeh (15).

“SK Lawang di Tanah merupakan PPS tunggal yang menempatkan seramai 20 mangsa,” katanya.

Sementara itu, Sekreteriat Bencana Negeri Kelantan berkata, jumlah mangsa banjir di Pasir Mas mencatatkan penurunan kepada 670 orang berbanding 778 orang pada malam tadi.

Menurutnya, dua PPS masih dibuka iaitu SK Gual Tok deh yang menempatkan seramai 356 mangsa dan SK Gual Periok pula 314 orang.

Dalam perkembangan lain, laman web publicinfobanjir.water.gov.my melaporkan, empat sungai iaitu Sungai Kelantan di Aring Gua Musang, Sungai Pergau (Jeli), Sungai Lanas (Jeli) dan Sungai Golok (Tanah Merah) melepasi paras bahaya setakat pukul 11 pagi tadi.

Katanya, sungai-sungai lain di Kelantan mencatatkan bacaan berjaga-jaga dan normal. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI