fbpx

Guardiola bukti kemampuan sukar ditandingi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GUARDIOLA menjadi jurulatih yang paling banyak menjulang gelaran Piala Kelab Dunia iaitu sebanyak empat kali bersama tiga pasukan berbeza. - FB MANCHESTER CITY

JEDDAH – Pengendali Manchester City, Pep Guardiola percaya pasukannya perlu memulakan segala-galanya semula dan meletakkan sasaran baharu selepas melengkapkan semua trofi yang dipertandingkan.

Awal pagi semalam menyaksikan City mencipta sejarah baharu kelab itu apabila menjulang Piala Kelab Dunia selepas berjaya menewaskan wakil benua Amerika Latin, Fluminense 4-0 pada aksi final di Stadium Antarabangsa Raja Abdullah.

Kejayaan itu menyaksikan Guardiola menjulang trofi ke-16 bersama City selepas memenangi Liga Juara-Juara, Liga Perdana Inggeris, Piala FA, Piala Liga Inggeris, Piala Super Eropah dan Piala Kelab Dunia sekali gus menjad gelaran ke-37 sepanjang kariernya sebagai jurulatih.

“Saya fikir kami perlu menutup buku ini kerana sudah memenangi kesemuanya. Tidak ada lagi yang perlu dikejar dan saya juga rasa tugas saya sudah selesai.

“Sekarang, kami perlu ‘beli’ buku baharu dan kembali menulis semua. Apa yang berlaku sejak lapan tahun lalu sudah berakhir dan selesai,” katanya yang masih memiliki kontrak sehingga 2025 bersama City.

Kejayaan di Jeddah itu menjadikan Guardiola jurulatih yang paling banyak memenangi trofi Piala Kelab Dunia menerusi empat gelaran selain bersama tiga pasukan yang berbeza.

Kemenangan 4-0 ke atas Fluminense juga menyaksikan pengendali dari Sepanyol itu juga berjaya menyamai pencapaian margin jaringan terbesar yang dicatatkan ketika bersama Barcelona yang menewaskan Santos pada 2011.

“Kami tidak akan mengadakan perarakan hasil kemenangan ini, tetapi saya beritahu pemain bahawa ini adalah trofi yang anda akan ingati selama-lamanya,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI