fbpx

F1: Carlos Sainz mahu kekal di Ferrari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SAINZ mempunyai kontrak bersama Ferrari sehingga penghujung musim depan dan berharap perjanjian baharu akan dimeterai. - AFP

LONDON – Pelumba Ferrari, Carlos Sainz berharap pasukan itu dapat memutuskan mengenai kontraknya lebih awal sebelum bermulanya perlumbaan Formula Satu (F1) musim depan agar tidak mengganggu fokusnya.

Kontrak kedua-dua pemandu Ferrari, Carlos Sainz dan rakan sepasukannya Charles Leclerc akan tamat pada penghujung 2024 dengan kedua-dua pemandu berpotensi menjadi sandaran utama pada musim 2025.

Leclerc menjangkakan untuk menandatangani perjanjian jangka panjang baharu bersama Ferrari tidak lama lagi dan Sainz juga berharap perkara yang sama untuk dirinya.

“Matlamat saya musim depan adalah untuk memulakan 2024 dengan mengetahui di mana saya akan berlumba pada 2025 nanti. Saya tidak mahu memulakan musim ini tanpa mengetahui destinasi saya seterusnya.

“Keutamaan saya adalah untuk kekal di Ferrari untuk beberapa tahun lagi. Saya sangat gembira, kedua-dua pihak sangat gembira dan objektifnya adalah kekal bekerjasama.

“Saya harap keputusan soal lanjutan kontrak ini dapat segera diselesaikan kerana kami mempunyai tiga bulan lagi untuk perlumbaan seterusnya,” katanya.

Sainz berkata, dia tidak mempunyai masalah dengan syarat baharu yang akan diputuskan Ferrari selepas menghargai apa yang diusahakan Fred Vasseur pada saat ini.

“Sudah tentu saya mahu memperbaharui kontrak dan saya juga ingin mempunyai kontrak lebih dari satu tahun dan bukan juga hanya dua tahun,” kata pelumba Sepanyol tersebut. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI