fbpx

Dipanggil gelaran ‘betina’, Shikin Maembong nak lapor SKMM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHIKIN dibuli oleh segelintir netizen yang menghina rupa parasnya.

PETALING JAYA – Tahap kesabaran pelakon Shikin Maembong semakin menipis apabila seorang individu dalam laman sosial memanggilnya dengan gelaran ‘betina’ sekali gus membuatkannya nekad ingin mengambil tindakan undang-undang.

Kata Shikin, 40, atau nama sebenarnya, Siti Nur ‘Ashikin Ismail pemilik akaun yang menggunakan identiti palsu itu sengaja mencetuskan provokasi seolah-olah mempunyai dendam terhadapnya.

“Tak tahulah apa yang individu ini marahkan sangat, saya dah cukup menahan sabar dengan orang yang nak buli saya.

“Tunggu saya ke Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk buat laporan ya.

“Orang macam ini, tunggu surat saman. Ingat polis tak boleh kenal pasti ke awak siapa?” katanya menerusi perkongsian Instagram Story.

Isteri kepada penyanyi Cat Farish itu turut memuat naik tangkap layar hantaran berupa komen yang bukan hanya mengejek wajahnya, malah menyebut panggilan kasar sebagai ganti nama dirinya.

“Dah tahu muka hodoh, baik kau bertudung lah betina,” tulis individu terbabit.

Sebelum ini Shikin yang juga kakak pelakon Emma Maembong dilihat masih boleh bersabar apabila segelintir netizen menjadikan keadaan sebelah wajahnya yang senget sebagai bahan kutukan.

Hakikatnya, dia pernah mendedahkan kekurangan fizikal itu berpunca daripada serangan Bell’s Palsy sekitar 12 tahun lalu yang memerlukannya menjalani rawatan sehingga sekarang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI