fbpx

Dataran Kampung Bantal hampir tenggelam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan banjir yang hampir menenggelamkan kawasan dataran perniagaan di Kampung Bantal, Ulu Tembeling, Jerantut hari ini. - FOTO/IHSAN PENDUDUK KAMPUNG BANTAL

JERANTUT – Limpahan Air Sungai Tembeling di sini hampir menenggelamkan beberapa buah premis di dataran perniagaan Kampung Bantal, Ulu Tembeling dekat sini.

Beberapa premis termasuk laluan dari Kampung Sepia ke Kampung Bantal ditenggelami air kira-kira pukul 9 pagi hari ini. Keadaan itu menyebabkan beberapa penduduk di kedua-dua kampung terpaksa menggunakan perahu bagi menyelamatkan diri.

Menurut Jabatan Pengairan Saliran (JPS), paras air sungai meningkat 107.2 meter berbanding 105.86 meter kira-kira pukul 1 pagi hari ini.

Penduduk Kampung Bantal, Mohd Zaimi Ali, 59, berkata, fenomena banjir sudah menjadi perkara biasa bagi penduduk di pesisir Sungai Tembeling  ketika Monsun Timur Laut.

“Sama ada banjir ini besar atau kecil, kami yang tinggal di pesisir sungai ini sudah ‘alah bisa tegar biasa’ dan lebih penting menjaga keselamatan harta benda dan keluarga termasuk mematuhi arahan pihak berkuasa,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI