fbpx

Bunyikan hon trak pikap beri amaran kampung dilanda banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penduduk Kampung Limau Kasturi, Gua Musang menaiki bot selepas air Sungai Kerak melimpah susulan hujan lebat sepanjang hari ini. FOTO AIMUNI TUAN LAH/ KOSMO!

GUA MUSANG – Seorang peniaga bertindak membunyikan hon trak pikapnya untuk memberi amaran kepada penduduk di Kampung Limau Kasturi di sini bahawa kawasan kampung tersebut dilanda banjir selepas paras air Sungai Kerak melimpah hari ini.

Mazita Mamat, 44, menyedari situasi itu semasa dalam perjalanan untuk keluar berniaga pada pukul 5.30 pagi tadi.

Katanya, sebaik sahaja melihat air melimpah di atas jambatan Sungai Kerak, dia terus membunyikan hon kenderaan untuk mengejutkan penduduk kampung daripada tidur.

“Saya terpaksa membunyikan hon trak pikap bagi mengejutkan penduduk supaya mereka berjaga-jaga dengan paras air yang semakin meningkat,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Tinjauan Kosmo! mendapati, jambatan tersebut sudah tenggelam sehingga mengakibatkan kira-kira 2,000 penduduk di Kampung Limau Kasturi dan Kampung Serian di sini terputus hubungan.

Seorang pemilik kedai runcit, Ramli Dollah, 49, memberitahu, sebaik sahaja menyedari air melimpah ke atas Jambatan Sungai Kerak, dia terus memindahkan barang jualan ke atas rumah rakit yang dibina khas untuk hadapi musim tengkujuh/

Penghulu Mukim Kampung Limau Kasturi, Mohd. Shaffien Mohmood berkata, setakat pukul 7 malam tadi, keadaan cuaca masih hujan dan paras air dilihat semakin menaik.

Sementara itu, Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Gua Musang, Mohd. Hanafi Mohd. Bokri berkata, sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Sekolah Kebangsaan (SK) Limau Kasturi 1 dan setakat pukul 3.26 petang tadi, seramai 22 penduduk daripada empat buah keluarga telah berpindah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI